Saturday, January 2, 2010

story best

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah
bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup
udara
rimba yg segar tu, tetiba dia
terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!...
bunyi....aauuummmmm!!!
Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya
menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk
menyelamatkan
diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab
dia dah lapar sangat ni.
Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan
kejar. Hamba Allah ni punyalah
takut, berlari lintang pukang. Sempat
juga dia berdoa agar dia
diselamatkan daripada dibaham dek
harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di
depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri
si
hamba
Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.
Perigi tu ada tali dan sebuah timba.
Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu.
Tali tu pendek er. Jadi dia bergantungan
di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi,
harimau yg apar tu menunggunya.
Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak
menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah
agar
dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak
selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di
bawah
perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya.
Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada2 ekor
buaya
yg
kelaparan. Apalah nasib.
Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut
si hamba Allah ni. Atas ada
harimau bawah ada buaya. Semakin
risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan
keluar, tetiba keluar seekor
tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik
keatas ikut
tali yg hamba Allah tu bergayut.
Sampai kat atas tikus tu gigit tali
tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus.
Alahhhh....
cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg
berwarna
hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit!
sampai kat
atas.Tikus hitam ni pun gigit
juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak
buat ni.... habislah jadi mangsa buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek
harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke
bawah
makan dek buaya. Macam mana nih...
Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner
nak selamatkan dirinya,
tetiba.... terdengar satu bunyi....
uuuuuuuuuuuuu...
bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun
mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang
bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan
terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni
tadi.
Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba
Allah tu
kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa
manisnya ni.
Sedapnya.
Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik
madu si hamba
Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya
di mulut perigi dan buaya yg menantinya dibawah.

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah
itu adalah kita semua.
Harimau yg mengejar tu adalah maut
kita, ajal memang sentiasa
mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya
itu adalah
malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti
kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi
adalah jangka hayat kita
kalau pendek talinya maka panjanglah
umur kita dan kalau panjang
talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia
kita siang dan juga malam
yang sentiasa menghakis umur kita.Kan
tikus tu gigit tali tu.
Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam
mulut hamba itu tadi
adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik
saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,
dia lupa pada harimau dan buaya tu.
Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada
Allah.
Waktu susah baru la nak ingat Allah.
Astaghfirullah...

1 minit untuk mengingati Allah

Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih
akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU'LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN
RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM
WABAREK
ALASAYYEDINA
MUHAMMAD *WAALA AALIHE WA SAHBIH
AJMA'EEN

No comments:

Post a Comment