Wednesday, August 18, 2010

AZAB ANAK DERHAKA HADAPI SAKARATUL MAUT

OLEH USTAZ NAHRAWI MARZOKI

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.

"Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai. Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

"Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau." Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkandan menyedihkan. "Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya.

Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya? "Panggil ibunya segera," kata saya. Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri. "Kenapa ni?" tanya saya. Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas." "Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu," kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal. "Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku." "Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami," jawab salah seorang daripada mereka.

Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak disyarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah. Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

"Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga," katanya kasar. "Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu," jawab si ibu. "Ahhh, saya tak kira." "Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu.

Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal. Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.

"Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata saya. Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan. "Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah."
Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan.

Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, "Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak..." Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi.

Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering. "Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang. Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka. Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut.

Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas.

Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya. Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan.

Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung.

Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak. Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang.

Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul - tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah.

Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya.

Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham. "Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz." "Apa masalahnya itu?" tanya saya. "Kubur adik saya berlubang ustaz." Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.

"Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya. Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.
"Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali." Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan.

Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.
Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.

Amin.

Wassalam.

Friday, August 13, 2010

~~jawatan kosong sepanjang masa~~

Jawatan Kosong
:: :: SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN ::.: KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga..:

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi..:

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini..:

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh)..:

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.Anda tidak perlu bawa pingat.Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal..:

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir..:

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?.:

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail..:

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada! sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: dibahagianku tidak ada jalan masuk.Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki(Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang !seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat Insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya" Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).! ".: Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat Muslimin & Muslimat :.

10 Laluan Yg bakal dilalui oleh Manusia Dari Dunia sampai Akhirat

LALUAN MENUJU KE KUBUR
Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji.
*Hindarkan perasaan irihati ( benci ).
*Jangan terpengaruh dengan harta dunia.
*Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil ).

LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
*Bersihkan diri dgn bertaubat.
*gembirakan hati orang mukmin.
*Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
*Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala.

LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
* Mengucap dua kalimah syahadah.
* suka memberi Sedekah.
* Berkata Benar.
* Bersihkan dan perbaiki diri.

LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat.
* Sucikan perkataan dan pakaian.
* Bersyukur dgn yang sedikit.
* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah swt.

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
* Jauhkan perkataan sia-sia.
*Pendekkan cita-cita dunia.
* Banyakkan puji pujian kepada Allah.
* Banyakkan sedekah dan khairat.

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala.
* Berbaktilah pada ibu bapa.
* Berpegang teguh pada hukum syarak.
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia.

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran.
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu.
* tinggalkan perkara yang maksiat.
* Jauhkan segala yang haram.

LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
* membuat kebajikan seberapa yang boleh.
* Kasihi orang yang soleh.
* kerjakan segala suruhan allah.
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk.
LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
* kasihilah nabi Allah Taala.
* kasihilah Rasullullah.
* tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala.
* banyak selawat Nabi SAW.

LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
*Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala.
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala.
* betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala.
* Bencikan segala yang diharamkan Nya."

KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN.



KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN. TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!!!!!ShareToday at 8:43pmNama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim danmak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emaksaya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke JohorBahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Sayaterpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderibernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal,makan dan minumdan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorangpaderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad.Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya.Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibinakhas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satutahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan,belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang danmacam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin agongWanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruhIndonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwahdari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, sayadihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalambahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia,Singapura dan orang Filipina.Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari,kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalahSetiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agongKristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwahbersama 6 orang kawan.Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar danpemuda-pemuda Negeri Perak....
Pada bulan Januari saya berasa tak tenteramdan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa sayabertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.
Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama pendudukNegeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendakmengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leherhitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ).
Perempuan - Berbajuputih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Rayadan Sg Wang Plaza.Cara-cara berdakwah:Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akanbelanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makandisediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyangdengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis airhitam (holy water).
Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam,tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwahIslam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gerejaRM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya,Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua diSenawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. HajiHanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolahyang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. PengetuanyaEn Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat keranakebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.
Di IpohSekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajarperempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanyauntukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayarRM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 jutakepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimanatersebar di akhbar)1982.Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal,accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:1. Desakan hidup2.. Kurang agamaBeliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliausekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan jugamatlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. PadriBesar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalahpenaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar keMelaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam danbilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepasmesyuarat3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telahmasuk Kristian di Melaka.Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihahdan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, merekaperlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor,Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar(sukar nak dikesan)Beliau beri penerangan kepada1. Polis Bukit Aman,2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam)Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekaspadri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadipadri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasaInggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat1. Tidak boleh hisap rokok2. Tidak boleh minum arak3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah4. Tidak boleh kahwin.Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yangmenyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasatdan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwahKristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedahdan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.
*PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA'Sebarkanlah walausatu ayat pun'(Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu danmengampuni bagimu** dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah danRasul-Nya, maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar.'(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersamauntuksuami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara- mara,sahabat-handai dangenerasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allahhu Akbar'......maha suci Allah

Propaganda Yahudi laknatullah

Kehebatan dan kebijaksanaan Yahudi Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis

Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

puasa

Untuk Refresh Pengetahuan Ramadhan
PUASA
(Petikan dari Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah Sepanjang Zaman oleh As-Shaikh Ali b. Abdullah)
Ertinya:
Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.
Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya'ban Tahun 2 Hijrah.

Dalil

Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:
Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa

Wajib Puasa:
1) Islam
2) Mukalaf
3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
4) Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya'ban 30 hari.

Sah Puasa:
1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
2) Suci dari haid dan nifas.
3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya'ban).


Membatalkan Puasa:
Sekiranya
1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2) Muntah dengan sengaja.
3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4) Haid atau nifas.
5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
6) Murtad (keluar dari Islam).
7) Gila (hilang akal).

Pantang-larang puasa:
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
1) Berdusta, berbohong.
2) Mengumpat, mengata orang.
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
5) Marah.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya".
(Hadis Riwayat Muslim)

Bermaksud: "Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji".
(Hadis menurut Sahih Muslim)

Sunat-sunat Puasa:
1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: "Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka".

2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: "Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya".

3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.

4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.

5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.

6) Memperbanyakkan sedekah.

7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.

8) Menghadiri majlis-majlis ilmu.

9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.

10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

Golongan Yang Harus (Dibenarkan) Berbuka Puasa:
1) Orang yang di dalam (perjalanan - musafir), tetapi wajib di qada'.
2) Orang sakit, wajib di qada'.
3) Ibu yang menyusukan anak, jika takut mudharat bagi dirinya, maka wajib qada' dan jika takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada' dan fidyah.

Bacaan Niat Puasa:
1) Lafaz niat puasa Fardhu Ramadhan
"Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala".

Bacaan Hendak Berbuka Puasa:
"Ya Tuhanku, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah Ya Amat Mengasihi".

SEMBAHYANG TARAWIH

1. Hukum Sembahyang Tarawih:
a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.
b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.

2. Waktu Sembahyang Tarawih:
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya'.

3. Rakaat Sembahyang Tarawih:
a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

4. Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat ma'mum kerana Allah Taala

5. Rukun Sembahyang Tarawih
Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.

SEMBAHYANG WITR

1. Sembahyang Sunat Witr
a) Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang Witr selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3 rakaat sahaja. Sunat Witr ini ditunaikan secara berjamaah.
b) Salam selepas dua rakaat yang pertama.
c) Lafaz niat sembahyang sunat Witr

i- bagi dua rakaat yang pertama:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr dua rakaat ma'mum kerana Allah Ta'ala.

ii- bagi rakaat yang akhir:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr satu rakaat ma'mum kerana Allah Ta'ala.
d) Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca [doa] Qunut pada rakaat yang akhir. Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut semmbahyang Subuh. Dan jika tidak membaca Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi.
Kelebihan Ramadan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: ...Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan
keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu
Kelebihan berpuasa
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun
Akhlaq sewaktu berpuasa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)
Kelebihan bersahur
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya
Kelebihan menyegerakan berbuka
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa
Kelebihan Sembahyang Tarawih dalam bulan Ramadan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu
Kelebihan Lailatulqadar dan galakan untuk mencarinya
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan
Ganjaran untuk amalan yang dilakukan pada malam Lailatulqadar
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu
Beri'tikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan
Menambahkan amal ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadan
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bermujahadah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain
Makan dan minum kerana terlupa tidak membatalkan puasa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah
Tidak Batal Puasa Orang Yang Bangkit Dari Tidur Di Waktu Pagi Dalam Keadaan Berjunub
Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a, kedua-duanya berkata:: Nabi s.a.w bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa
Janganlah berpuasa sehari dua sebelum Ramadan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan melainkan
orang yang biasa berpuasa dengan puasa yang tertentu maka bolehlah dia berpuasa.

jutawan muda dalam masa sebulan

"Hari minggu tu hari, aku diajak mendengar satu presentation MLM. Apa yang aku agak berlaku, biasalah MLM ..tepuk! tepuk! Anda Hebat! Jadi Kali ini tawaran di Bulan Ramadhan lagi hebat! Tidak perlu push orang, tak perlu cari kaki downline, tak perlu networking marketing, tak perlu maintain bulanan kerana peluang untuk menjadi ‘jutawan kekal’ ni datang sekali dalam sebulan.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh ALLAH SWT 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan ALLAH SWT 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh ALLAH SWT 270 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh ALLAH SWT 70 kali ganda iaitu 18900 pahala
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala

Mari kita tukarkan dalam bentuk RM.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh ALLAH SWTt rm 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan ALLAH SWT rm 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh ALLAH SWT rm 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh ALLAH SWT 70 kali ganda iaitu rm 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh ALLAH SWT rm 94,500.00 satu hari!!!
Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan rm 2,835,000.00

Wow! Masya ALLAH kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari Sahaja!!!!
Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka ALLAH akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?
Nabi SAW memberitahu lagi bukan begitu, allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.
Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam rm Berapakah jumlahnya?
Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?
Sesungguhnya ALLAH SWT itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!
Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.
Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!Mengapa?
ALLAH SWT juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.
Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan ALLAH SWT.Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!

*sesungguhnya rm1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt. Hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu.

Renungkanlah.

Wallahu’alam.

Selamat berpuasa,

Selamat beramal,

tarikh dan kenyataan

Salam
(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"
(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"
(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"
(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"
(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"
(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"
(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"
(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"
(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"
(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"


Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,.

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
Dunia Di Penghujung Nyawa

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '- Sahih Bukhari.
~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukanpersetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim.
~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'.
Ada yang bertanya kepada Rasulullah;'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah.
~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..
~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalamtetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad.
~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani.
~ George Bush, ArielSharon & kat Malaysiapun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad.
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani.
~ tak caya gi tengok....

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim.
~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyakkesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad.
~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim.
~ Dubai dah turun salji...
Mina dah kene banjir...
TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² LAIN!Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...' PENGERTIAN MAKSUD IMAN- DARI SEGI BAHASA : Yakin Dan Percaya- DARI SEGI ISTILAH : Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan BERAMAL DENGAN ANGGOTA"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi."

Saturday, August 7, 2010

Apakah Allah terima taubatku?

KAMU LAKUKAN DOSA KERANA KEJAHILAN, LALU SEGERA BERTAUBAT...

Firman Allah swt, maksudnya : " Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggupi oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat. Maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Nisa' 4:17)


KAMU LAKUKAN DISA TETAPI KEMUDIAN KAMU INSAF DAN BERUSAHA MEMPERBAIKI DIRI....

Firman Allah, maksudnya: Dan mana-mana dua orang diantara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima Taubat, lagi Maha Luas rahmat-Nya." (Surah al-Nisa 4:16)


DIA MEMAAFKAN KESALAHAN YANG KAMU LAKUKAN.

Firman Allah, maksudnya : "Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Syura 42: 25)


DIA MEMAAFKAN KESALAHAN SIAPA SAHAJA YANG DIKEHENDAKI-NYA.

Firman Allah, maksudnya: " Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat irang yang dikehendaki-Nya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Tawbah 9:15)

Aisyah r.ha.

Aisyah r.ha. isteri yang kreatif mempamerkan cintanya LUMRAH cinta, seorang kekasih akan cenderung kepada seorang sahaja kekasih dalam hati dan perasan. Begitulah kecenderungan cinta Rasulullah s.a.w. kepada Aisyah r.ha., ia bukan lagi satu rahsia.
Siapakah wanita pertama di hati Rasulullah s.a.w. selepas Khatijah r.ha.? Bukan Saudah r.ha. sebaliknya Aisyah r.ha., walapun Rasulullah menikahi Saudah r.ha dan Aisyah r.ha. pada masa yang hampir sama. Saudah pada ketika itu ialah janda yang sudah berusia, mungkin seusia Baginda. Secara zahirnya sudah tentu Saudah tidak menarik namun atas dasar simpati, Rasulullah menikahinya. (Mahmud al-Mishri, Sirah Sahabiyah, hlm. 35)
Memandangkan Aisyah r.ha. masih kecil, Saudah r.ha. lebih dahulu berada di sisi Nabi setelah Khadijah r.ha. Namun begitu, Aisyah r.ha. lebih dahulu memenangi hati dan cinta Baginda s.a.w..
Allah s.w.t. banyak kali menghadirkan mimpi tentang wanita bernama Aisyah r.ha. sebelum hadirnya Saudah r.ha. Dalam kecemburuan, Aisyah redha seorang demi seorang janda-janda yang perlukan pembelaan, menumpang kasih suaminya, Nabi s.a.w. Kenapa? Kerana dia sedar semua itu untuk kepentingan Islam, bukan kepentingan nafsu Baginda.
Oleh sebab lumrah cinta yang tiada "dua" ini, Prof Dr. Mahmud Zuhdi menjelaskan dalam bukunya, Undang-undang keluarga Islam bahawa majoriti ulama mengatakan poligami itu diharuskan, bukannya digalakkan.

KELEBIHAN AISYAH R.HA.
Aisyah r.ha. berbicara: "Ada tujuh kelebihanku yang tidak dimiliki wanita lain kecuali kelebihan yang diberikan Allah s.w.t. kepada Maryam binti 'Imran. Demi Allah, dengan mengatakan hal ini aku tidak bermaksud membanggakan diriku atas teman-temanku (isteri-isteri Rasulullah yg lain)."
Abdu;;ah bin Safwan bertanya: "Apakah tujuh kelebihan itu wahai Ummul Mukminin?"
Aisyah r.ha. menjawab:
1- Malaikat (Jibrail) membawa imejku kepada Rasulullah s.a.w. (dalam mimpi).
2-Rasulullah s.a.w. menikahiku waktu diriku berumur 7 tahun, lalu aku diserahkan serumah dengan Baginda pada usia 9 tahun. Baginda menikahiku waktu aku perawan.
3- Beliau pernah menerima wahyu ketika berada dalam satu selimut denganku.
4- Aku adalah orang yang paling dicintai oleh Baginda dan puteri daripada orang yang paling Baginda sayangi (Abu Bakar).
5- Allah menurunkan beberapa ayat-ayat al-Quran kerana aku, sedang waktu umat hampir celaka kerananya.
6- Aku pernah melihat Jibrail dan tidak seorang pun antara isteri-isteri Baginda yang lain pernah melihatnya.
7- Rasulullah s.a.w. wafat di rumahku, pada waktu tiada orang selain diriku dan malaikat.
Al-Haithami berkata dalam Majma' al-Zawa'id no.15308, 'Riwayat ini tercantum dalam kitab al-Sahih dengan ringkas smentara riwayat di atas daripada al-Tabrani. Para perawi dalam salah satu sanad riwayat al-Tabrani ialah perawi-perawi kitab al-Sahih. (Rujuk juga riwayat al-hakim, jil. 4, hlm 10) Al-Hakim menyatakan hadis ini sahih dan al-Zahabi menyetujuinya.

KEDUDUKAN AISYAH R.HA. DI HATI RASULULLAH .S.A.W.
Dalam riwayat lain, aisyah r.ha. bercerita, "Rasulullah s.a.w. memasuki rumahku dan Baginda mendapatiku sedang menangis. Baginda bertanya:'Mengapa dikau menangis?' Aku menjawab: 'Fatimah menghinaku.'
"Rasulullah s.a.w. segera memanggil fatimah lalu berkata: 'Wahai fatimah, adakah benar anakanda menghina Aisyah?' fatimah menjawab:'Benar, wahai Rasulullah.' Rasulullah s.a.w. berkata: 'Bukankah anakanda mencintai apa yang ayahanda cintai?' Fatimah menjawab: 'Sudah tentu.' Rasulullah s.a.w. berkata: ' Sesungguhnya ayahanda mencintai Aisyah, maka cintailah dia.' Fatimah berkata: 'Kalau begitu, saya tidak akan lagi mengatakan sesuatu yang dapat menyakiti Aisyah.'"
(Al-Haitami, Majma' al-Zawa'id no.15311) Perai-perawi lain adalah para perawi kitab al-Sahih.

CEMBURU AISYAH TANDA BESARNYA CINTA.
Aisyah r.ha. menceritakan, "Suatu ketika Rasulullah s.a.w. berkata kepadaku: 'Sesungguhnya kanda tahu bila dinda sedang senang kepada kanda dan bila dinda sedang marah.' Aku bertanya: 'Bagaimana kanda tahu?' Baginda menjawab; 'Jika dinda sedang senang kepada kanda, maka dinda akan mengatakan, demi Tuhan Muhammad! Tapi jika sedang marah, dinda akan mengatakan, tidak, demi tuhan Ibrahim!' Aisyah berkata: 'Itu benar. Demi Allah! Dinda hanya mampu menjauhi namamu.'"
(Muttafaq 'alaih)
Imam al-Nawawi berkata, "mengenai pernyataan Rasulullah s.a.w. kepada Aisyah r.ha. ini, al-Qadhi berkata, 'Kemarahan Aisyah kepada nabi adalah dalam bentuk kecemburuan kepada Baginda. Kecemburuan menjadi faktor tidak berlakunya banyak hukum bagi wanita, kerana ia (cemburu) tidak dapat dipisahkan daripada wanita. Bahkan Imam Malik dan ulama-ulama Madinah lainnya berpendapat, tidak berlaku bagi wanita yang menuduh suaminya berzina ketika ia sedang cemburu. Pendapat ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: 'Wanita cemburu tidak dapat membezakan antara bibir lembah dan dasarnya.'"
Jika pengertian hadis di atas tidak bermaksud kemarahan kerana cemburu, maka Aisyah berada dalam kedudukan yang sangat sulit kerana marah dan menjauhi rasulullah s.a.w. adalah dosa besar. Untuk itu, Aisyah r.ha. berkata, "Dinda hanya mampu menjauhi namamu." Ini menunjukkan perasaan hati dan kecintaanya kepada Rasulullah s.a.w. tetap seperti sediakala. Kecemburuannya didorong oleh rasa cinta yang terlalu tinggi." (Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, jil. 15, hlm 292-293)
Aisyah r.ha. mengatakan bahwa dia pernah bertanya: "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling kanda cintai?" Naginda bertanya kembali: "Kenapa dinda bertanya seperti itu?' Aisyah menjawab: "Dinda ingin mencintai orang yang kanda cintai." Baginda menjelaskan: "Dia ialah Aisyah." (Al-Haithami, majma' al-Zawa'id no. 15309. Hadis ini diriwayatkan oleh Tabrani, sanadnya hasan)

LEBIH MEMILIH ZUHUD
Urwah mengatakan bahawa Aisyah r.ha. berkata, "Demi Allah, wahai anak saudaraku. Kami pernah melihat kemunculan bulan sabit, lalu bulan sabit berikutnya, lalu bulan sabit berikutnya, yakni tiga kali kemunculan bulan sabit atau dua bulan berturut-turut, sedangkan di rumah-rumah rasulullah sama sekali tidak dinyalakan api (untuk memasak)."
Urwah bertanya: "Lalu dengan apa kamu dapat bertahan hidup?" Aisyah menjawab: "Dengan al-aswadan, yakni kurma dan air. Hanya saja, Rasulullah s.a.w. mempunyai beberapa jiran tetangga daripada kalangan Ansar yang mempunyai kambing. Mereka sering mengirimkan susu kepada beliau. lalu beliau memberikan kepada kami." (Muttafaq 'alaih)
Cerita tentang kezuhudan Aisyah r.ha. terlalu banyak. Dia memilih kesederhanaan walaupun seringkali dilimpahkan kekayaan. Antara cerita yang masyhur ialah Urwah pernah menggambarkan gaya hidup Aisyah bahawa dia pernah membahagi-bahagikan 70, 000 dirham wang perak padahal pada waktu yang sama dia menampal jahitan pakaiannya. (Ima Ahmad, al-Zuhd, hlm. 205-206)
Suatu ketika, Muawiyah pernah mengirimkan 100, 000 dirham kepada Aisyah r.ha. Maka Aisyah terus membahagi-bahagikan tanpa meninggalkan sedikit pun. Sehingga Barirah berkata: "Sesungguhnya puan sedang berpuasa. Mengapa puan tidak tinggalkan satu dirham sahaja untuk membeli daging?" Aisyah lalu berkata: " Kalau tadi kamu mengingatkan, sudah tentu saya melakukannya." (Riwayat Abu Nua'im dalam al-Hilyah, jil. 2 hlm.7)

BANYAK SOLAT DAN PUASA
Urwah menuturkan bahawa Aisyah r.ha. sering berpuasa. Al-Qasim mengatakan bahawa Aisyah berpuasa sepanjang masa. Ia hanya berbuka (tidak berpuasa), pada hari Aidiladha dan Aidilfitri.
Dalam satu riwayat, Urwah menceritakan bahawa dia sering memulai harinya dengan mengunjungi ibu saudaranya, Aisyah r.ha. untuk mengucapkan salam. Suatu hari, dia pergi berjumpa Aisyah ketika dia sedang solat dan berdoa. Aisyah terus berdoa dan menangis sambil mengulang-ulang bacaan surah al-Tur, ayat 27 yang bermaksud, "Maka Allah memebri kurnia kepada kami dan memelihara kami daripada azab neraka." Urwah berdiri dengan lama hingga dia berlalu pergi ke pasar untuk membeli keperluan. Apabila kembali semula ke rumah Aisyah r.ha., dia melihat Aisyah masih lagi solat dan menangis.

TAHAN UJIAN
Aisyah mengikuti Rasulullah s.a.w. dalam perang Mustaliq setelah undia. Sekembali daripada peperangan ini, beliau ditimpa ujian berat berupa fitnah perlakuan sumbang.
Ia bermula apabila beliau kehilangan kalung lalu mencarinya sehingga tertinggal rombongan. Kebetulan Safwan bin Mua'ttal al-Sullami berjalan di belakang. Apabila melihat Aisyah, dia lalu membiarkan Aisyah menaiki untanya lalu dituntun menyusuli rombongan. Fitnah menular dengan cepat sehingga Rasulullah s.a.w. bersedih.
Aisyah yang yakin dengan pembelaan Tuhannya hanya mampu bersabar. Akhirnya Allah membersihkan Aisyah daripada fitnah itu dengan turunnya ayat al-Quran mengenainya.

PEMALUNYA MENGHIAS IMAN
Ummul mukminin Aisyah berkata, "Setiap kali aku masuk kerumahku yang didalamnya dimakamkan jasad Rasulullah s.a.w. dan ayahku sendiri, dan ketika hendak membuka baju, aku berkata dalam hati, 'Tidak perlu malu kerana di sini hanya ada suamiku dan ayahku sendiri.' Tetapi setelah Umar r.a. dimakamkan disitu, demi Allah, setiap kali berada di dalam rumah aku sentiasa memakai pakaian yang lengkap keran malu kepad Umar r.a." (Al-Qurtubi, Bahjah al-Majalis)
Sungguh indah peribadi beliau yang begitu malu walaupun kepada insan-insan yang sudah tidak bernyawa.

MENGIKUTI JEJAK KEKASIHNYA
Qais mengatakan bahawa Aisyah r.ha. pernah bercita-cita ingin dikuburkan didalam rumahnya, disisi Nabi s.a.w. Namun kemudian beliau berkata, "Sesungguhnya aku melakukan kesalahan setelah perginya Rasulullah s.a.w. Maka, kuburkanlah jasadku bersama isteri-isteri baginda." Oleh sebab itu Aisyah dikuburkan di Baqi'. (Riwayat Ibn Sa'ad, jil. 8, hlm. 74)
Maksud kesalahan itu adalah beliau terlibat dalam perang jamal. Aisyah sangat menyesalinya walaupun dia sebenarnya langsung tidak berniat ke arah itu. Dia cuma berijtihad melakukan kebaikan.
Pada Ramadhan tahun 58 Hijrah, Ummul Mukminin Aisyah r.ha. menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ketika perginya Aisyah r.ha., Ummu Salamah mengumumkan, "Demi Allah, dia adalah orang yang palin dicintai Rasulullah s.a.w. selain ayahnya." Jasad Aisyah r.ha. dimakamkan pada malam itu juga setelah solat witir.

Panduan Kesihatan Dalam Islam

Bismillah...

LARANGAN LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN.

Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
Mandi setelah makan.
Sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah dan berdukacita.
Berada dalam keadaan terlalu lapar.
Berjaga malam selain dari qiamullail.
Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.


FAKTOR FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN.

Memakan daging.
Selalu menghidu bau bauan yang sedap.
Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
Mandi dalam keadaan perut yang sederhana.. tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
Memakan makanan yang agak manis.


FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT.

Bercakap banyak.
Tidur banyak.
Makan banyak.
Banyak berjimak.


4 FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN.

Banyak berjimak.
Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
Banyak memakan makanan yang serba masam.


SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT.

Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.


BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL.

Tinggalkan dari bercakap kosong.
Sentiasa bersugi.
Sentiasa bersama sama dengan orang alim.


MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA MAKANLAH, JANGAN DIBUANG.

Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman.. hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu.. kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak beracun lagi.. sudah selamat digunakan. Ingat, jangan membazir.. orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.


FAKTOR FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA, MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN.

Melihat perkara perkara yang haram.
Melancap.
Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
Tidak membaca Al-Quran.
Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
Mengumpat dan mengata.
Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
Asyik bercinta cintaan (bukan cara Islam).
Terlalu memikirkan yang bukan bukan.
Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.


LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN.

Dilarang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
Hendaklah berjalan selepasnya sekurang kurangnya 40 langkah.
Sebaik baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.


SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU WAKTU BERIKUT.

Selepas bersenam.. bersukan atau melakukan kerja kerja berat.
Selepas berjimak.
Selepas makan atau sebelumnya.
Ketika sedang makan.
Selepas memakan buah buahan.
Selepas keluar dari bilik mandi.
Ketika terjaga dari tidur.


CARA TIDUR YANG SEBAIK BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00
dengan keadaan berwuduk.
Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 kemudian bersugi..
berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan.. rusuk kiri di bahagian atas.. supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus.. cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.


WAKTU WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR.

Awal awal pagi setelah terbit matahari.
Selepas masuk waktu Asar.
Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.


BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI.

Dilarang tidur di siang hari didalam keadaan cuaca yang panas kerana;
Mendatangkan penyakit penyakit kulit.
Merosakkan warna kulit.
Melemahkan jantung.
Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
Melemahkan kecerdasaan akal.


CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR.

Bersihkan tubuh.. terutamanya bahagian muka.. tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
Hindarkan dari tidur lewat malam.
Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.


PEKARA PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA.

Banyak melakukan jimak.
Terlalu banyak bercita cita atau berangan angan.
Banyak minum air di waktu pagi.
Banyak memakan atau meminum yang serba masam.


SEBAB SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG.

Merokok yang berterusan.
Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
Kurang tidur.
Sentiasa mandi di tengah malam.
Berjimak didalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
Melakukan kerja secara berterusan.


FAKTOR FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN

Melihat kepada benda benda kotor.
Melihat kepada palang + salib.
melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar.
Duduk dengan membelakangkan kiblat.
Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
Banyak menangis.


Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!

2) KISMIS

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :

i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR

Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :

i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA

Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA

Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM

Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI

Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI

Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM

Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)

Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)

Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS

Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH

Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)

Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI

Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR

Juga membantu meningkatkan akal dan memori ..makanan penyebab lupa..
1) Banyak makan epal yang sudah masam.
2) Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.
3) Banyak makan bawang besar.
4) Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5) Memakan kepala ikan.
6) Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
7) Makan sehingga terlalu kenyang.
8) Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9) Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
10) Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11) Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.



Islam Menjamin Kesihatan

Islam merupakan satu agama yang cukup memberi perhatian terhadap kesihatan. Sesiapa yang diberikan kesihatan daripada Allah s.w.t., mestilah memelihara kesihatan tersebut.

Betapa pentingnya menjaga kesihatan terserlah apabila Rasulullah s.a.w. menyebut dalam sebuah hadis, "Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna." Bahkan Baginda sendiri mengajarkan umatnya supaya mengamalkan selawat shifak.

Di dalam tafsiran Ibn Abbas, nikmat yang dimaksudkan dalam surah al-Kauthar ayat 8:

"Di kemudian hari kamu akan ditanya tentang nikmat," ialah nikmat kesihatan. Manusia akan di pertanggungjawabkan apakah yang telah dilakukan ketika sihat.

Jika diteliti syariat Islam yang diturunkan Allah kesemuanya diturunkan untuk memelihara kesihatan manusia. Cuma skop kesihatan diperluaskan pada kesihatan mental, fizikal, spiritual, keturunan dan harta. Setiap sesuatu yang diharamkan syariat adalah disebabkan Allah tahu ia memudaratkan kesihatan manusia. Setiap yang dihalalkan pula sudah pasti boleh memanfaatkan mereka.

Menurut pandangan Islam kesihatan akan dapat dipelihara dengan baik jika manusia mengamalkan satu tabiat hidup yang telah diatur dengan baik. Kesihatan akan terpelihara jika manusia menjaga makan minum mereka. Ini bertepatan dengan pepatah yang menyebut ‘you are what you eat’ atau ‘anda ialah apa yang anda makan’.

Islam menyeru supaya umatnya memilih makanan yang mempunyai dua kriteria iaitu halal dan baik atau berkhasiat. Makanan kita mestilah daripada sumber yang halal di samping berzat, berkhasiat dan baik yang sesuai dengan tubuh badan seseorang. Soal makan sangat penting kerana antara makanan dan keperibadian seseorang mempunyai pertalian yang amat kuat. Makanan yang baik dan halal akan menjamin akhlak yang lahir juga baik, sebaliknya makanan daripada sumber yang haram akan menyebabkan lahirnya akhlak yang negatif.

Setelah memilih makanan yang halal dan baik, Islam memberi panduan tentang adab makan pula iaitu bersederhana dalam makan. Ia menyeru umatnya supaya makan dan minumlah tapi jangan melebih-lebih. Ini diperakui oleh para doktor bahawa makan yang berlebihan boleh mengakibatkan penyakit obesiti atau terlebih gemuk. Rasulullah s.a.w. mengajar umatnya supaya makan dengan tiga jari yang bermaksud memperkecilkan suapan, begitu juga pesan Baginda supaya umatnya membahagikan perut kepada tiga bahagian. Satu untuk makan, satu untuk minum dan satu lagi untuk pernafasan.

Setengah daripada kita ada tabiat buruk dalam adab makan. Walaupun perutnya kenyang tetapi disebabkan ada kawan yang mempelawa makan percuma, dia masih sanggup mengisi lagi perut yang sudah penuh. Tidak kurang juga yang dapat peluang makan percuma di rumah terbuka atau jamuan akan mengambil peluang makan seolah-olah dia makan untuk seminggu. Ramai juga yang tidak menahan nafsu melihat deretan panjang makanan dalam jamuan bufet, lalu diambil kesemuanya hingga membukit di pinggan. Akhirnya bila tidak termakan ia dibuang begitu sahaja.

Kebersihan juga memainkan peranan penting untuk menjamin kesihatan. Banyak hadis yang mengajak umat mengamalkan kebersihan seperti seruan sugi gigi setiap kali sebelum solat. Ini bererti seorang Islam akan menggosok gigi sekurang-kurangnya lima kali sehari. Begitu juga larangan melonggok sampah di sudut rumah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya, "Janganlah kamu suka melonggokkan sampah di depan rumah seperti orang Yahudi."

Demi menjamin kesihatan, orang Islam diarahkan supaya memberi hak pada setiap anggota tubuh badan supaya tercegah daripada penyakit. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada merawat. Tubuh badan wajar diberi hak rehat dan juga hak bergerak. Banyak riwayat daripada Rasulullah s.a.w. menceritakan kelebihan berjoging misalnya. Begitu juga untuk hak rehat, ada waktu tertentu yang disuruh kita tidur. Pernah satu hari baginda Rasulullah s.a.w. melihat anaknya Fatimah tidur semula selepas Subuh lalu baginda terus mengejutkannya dan berkata, "Adakah kamu akan tidur pada waktu Allah sedang membahagikan rezekinya?"

Menjaga kesihatan dalam Islam bukanlah sekadar luaran sahaja tetapi makanan rohani juga harus dititikberatkan. Jiwa yang tidak disantap dengan pengisian dan ilmu yang berfaedah akan terasa gersang. Akhirnya jiwa ini akan mencari sesuatu yang tidak baik sebagai mengisi kekosongan di dalamnya.

Tidak kurang ramai juga yang terlibat dalam penyalahgunaan nikmat kesihatan. Nikmat sihat dikira salah guna jika di kala sihat manusia lupa beribadat. Dia leka dengan perkara lain yang menjauhkan dirinya daripada Allah sebaliknya apabila dia sakit atau ditarik nikmat sihat daripadanya barulah dia teringat hendak memperbanyakkan ibadahnya.

Sesungguhnya kesihatan adalah nikmat Allah yang paling berharga. Gunakanlah ia sebaik mungkin untuk mendekatkan diri pada Allah. Penyalahgunaan nikmat sihat di sisi Allah adalah sesuatu yang dilarang di dalam Islam.

Nota:
Aku pernah makan makanan yang baik dan memiliki yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.

Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya.

Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi.

P/s: Sebagai tanda terima kasih usah diucapkan disini ... anda hanya perlu amalkan apa yang sudah tahu dan sebarkan pada rakan² dengan niat untuk mendirikan Agama Allah ... Jgn luper Bismillah (amik berkat).