Friday, June 22, 2012

cerita ketam




PANAS! Di Sebalik Gambar Yang DisorokkanDari Orang Ramai, Tersimpan Kisah Tersendiri 




Kisah kemalangan kereta Proton Preve yang baru dilancarkan dijaja di meratatempat oleh golongan anti kereta nasional tersebut.

Cubatengok gambar ini pula. Gambar yang tak dijaja di merata tempat sebagaimanagambar di atas.






Di sebalik gambar ini, tersembunyi kisah yang telah banyak diceritakan sama adasecara lisan atau melalui blog. MyMassa ambil kisah ini di blog ini (http://www.aku-sempoi.com/2010/07/kisah-ketam-melayu-dan-ketam-cina.html).


Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu diapergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjualketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada…ada…lumau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cubalu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sanadalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayula….

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasitutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dankasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketampandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itukaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lainbiar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yanglain macam mana mau keluar.


Apa yang MyMassa nak sampaikan, kisah golongan anti Proton terutamanya orangMelayu sama seperti kisah ketam Melayu. Pantang ada anak Melayu menghasilkansesuatu yang baik, pasti ada yang akan melekehkannya. Kalau setakat lekeh je oklagi, ni sampai tahap menjahanamkan reputasi syarikat tersebut. Produa tak depulak orang Melayu nak perlekehkan sebab tau yang cipta dan reka Produa adalahorang Jepun, bukan orang Melayu. Sebab tu gambar kerosakan Perodua tak dijajadi merata-rata tempat.

Akhir kata, MyMassa kongsikan gambar ini pula. Pernah tak korang dengar orangItali kutuk Ferrari sebagai mana orang Malaysia kutuk Proton walaupunkereta Ferrari ni mampu terbakar secara 'automatik'.







 *Ambli tauladan kisah ketam Melayu dan ketamCina. Sebab MyMassa dah tukar dengan contoh kereta Ferrari, kita ubah tajukcerita tu kepada Kisah Ketam Melayu dan Ketam Itali. 



Posted on

 Isnin, 23 April 2012by

 MymassaVoicein

  MyMassa rasa ramaidah tengok gambar ni.

Sumber : Mymassa.com