Friday, January 8, 2010

19 tntang wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

“Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah”.

CARA MENGHASILKAN KHUSYUK DALAM SOLAT


CARA MENGHASILKAN KHUSYUK

Huzaifah pernah berkata: Apa yang mulai hilang dari agama kamu adalah khusyuk dan apa yang paling akhir hilang dari agama kamu adalah solat, ramai orang solat tetapi tidak ada kebaikan pada mereka, kamu akan masuk ke dalam masjid dan tidak ada lagi orang khusyuk dalam solat’” (al-Madarij 1/521).

Allah berfirman :

حَـٰفِظُواْ عَلَى ٱلصَّلَوَٲتِ وَٱلصَّلَوٰةِ ٱلۡوُسۡطَىٰ وَقُومُواْ لِلَّهِ قَـٰنِتِينَ.

Peliharalah segala solat [mu], dan [peliharalah] solat wusta [1]. Berdirilah kerana Allah [dalam solatmu] dengan khusyuk. (al-Baqarah: 238)

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ (45)

Dan mintalah pertolongan [kepada Allah] dengan sabar dan [mengerjakan] solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu terlalu berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (al-Baqarah: 45)

Khusyuk merupakan kekuatan solat. Tanpa khusyuk solat seakan tidak mempunyai makna bagi pelakunya, kerana solat hanya berupa amalan budaya yang rutin tanpa kenikmatan dan tanpa ada rasa hikmah di dalamnya.

Menghancurkan dan merusak khusyukan dalam solat adalah salah satu misi syaitan di dunia ini. Firman Allah dalam menceritakan misi syaitan tersebut:

ثُمَّ لَآَتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ (17)

Kemudian aku akan mendatangi mereka dari pihak hadapan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur [ta’at]. (al-A’raaf: 17)

Rasulullah s.a.w. bersabda

قال النبي صلى الله عليه وسلم ( أول شيء يرفع من هذه الأمة الخشوع ، حتى لا ترى فيها خاشعا .)

Yang pertama akan hilang ari umatku adalah khusyuk hingga kamu tidak lagi melihat orang khusyuk. (H.R. Tabrani. Sahih)

Huzaifah pernah berkata: Apa yang pertama hilang dari agama kamu adalah khusyuk dan apa yang paling akhir hilang dari agama kamu adalah solat, banyak orang solat tapi tidak ada kebaikan pada mereka, kamu nanti akan masuk masjid dan tidak ada lagi orang khusyuk ” (al-Madarij 1/521).

Maka khsyuk ini juga merupakan salah satu sifat orang beriman. Allah berfirman:

{ قد أفلح المؤمنون الذين هم في صلاتهم خاشعون }

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (1) [yaitu] orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.

Ibnu Katsir mengatakan: khusyuk adalah tidak bergerak, tenang, penuh tawadluk kerana disebabkan takut kepada Allah dan perasaan diawasi Allah. Khusyu’k adalah kesesadaran hati seakan berdiri di depan Allah dengan penuh penghormatan dan pengabdian. (al-Madarij 1/520).

Tempat khusyuk adalah di dalam hati dan membekas ke seluruh tubuh manusia. Kalau hati sudah tidak khusyuk maka seluruh anggota tubuh tidak lagi beribadah secara serius kerana hati ibarat komandannya dan anggota badan adalah tenteranya.

Khusyuk juga menjadi bukti keikhlasan. Kerana hanya mereka yang ikhlas beribadah kerana Allah dan solat keranaNya yang dapat melakukan khusyuk secara sempurna. Tanpa keikhlasan, maka seseorang hanya melakukan kekhusyukan yang palsu .

Ibnu Qayyim mengatakan ada dua jenis khusyuk yaitu khusyuk iman dan khusyuk munafik. khusyuk Iman adalah hatinya menghadap Allah dengan penghormatan, pengagungan, ketenangan, penuh harapan dan rasa malu, lalu hatinya penuh dengan cinta dan pengakuan kepada Allah yang membekas ke seluruh anggota badannya.

Adapun khusyuk munafik adalah fisiknya khusyuk tetapi hatinya tidak. Para sahabat sering berdoa: Ya Allah lindungilah aku dari khusyuk munafik. (Ruh 314).

Ulama mengatakan bahawa hukum khusyuk adalah wajib, kerana banyak dalil yang menganjurkan khusyuk dan mencela orang yang tidak khusyuk dalam solat.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Lima solat yang diwajibkan oleh Allah, barang siapa memperbaiki wuduknya dan melaksanakan solat pada waktunya, menyempurnakan rukuknya dan kekhusyukannya, maka ia mendapatkan janji Allah untuk mengampuninya. Barang siapa tidak melakukan itu, maka ia tidak mendapatkan janji Allah, Jika Allah berkehendak maka Mengampuninya, Jika Allah berkehendak maka akan menyiksanya.” (H.R. Abu Daud – sahih)

Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Barang siapa berwuduk dan memperbaiki wuduknya kemudaian ia solat dua rakaat, ia menumpukan hati dan wajahnya (dan tidak diganggu oleh nafsunya), maka ia akan diampuni dosanya yang telah telah dilakukan. (H.R. Bukhari).

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda: ” Banyak sekali orang yang solat hanya mendapatkan penat berdiri” (H.R. Nasai: hasan).

Tip menghadirkan khusyuk dalam sholat

Menghadirkan khusyuk dalam solat dalam dilakukan melalui dua cara.

Pertama: amalan-amalan yang mampu merangsang kekhusyukan dan kedua: menghilangkan hal-hal yang merusakan kekhusyukan.

Amalan-amalan yang membantu kepada kekhusyukan adalah seperti berikut :

  1. Persiapkan diri untuk solat. Iaitu dimulai dengan mendengarkan azan dan mengikutinya, berdoa dengan doa azan, memperbaiki wuduk, berdoa setelah wuduk, melakukan siwak sebelum solat, mempesiapkan pakaian solat, tempat solat dan menunggu waktu solat. Bukan tergesa-gesa melakukan solat .
  2. Tomakninah: iaitu berhenti sejenak pada setiap rukun-rukun solat. Dalam hadis diriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. ketika solat, beginda melakukan tomakninah sehingga semua anggota badan beliau kembali pada tempatnya. (H.R. Abu Dawud dll.) Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seburuk-buruk pencuri adalah pencuri solat. Bagaimana itu wahai Rasulullah, tanya sahabat. “Mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya. (H.R. Ahmad dan Hakim: sahih). Seseorang tidak akan boleh khusyuk tanpa tomakninah ini kerana cepatnya pergerakan solat telah menghilangkan kekhusyukan dan penumpuan hati.
  3. Ingat kematian ketika solat. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:”Ingatlah mati saat kamu solat, sesungguhnya seseorang yang ingat mati ketika solat maka ia akan memperbaiki solatnya dan solatlah seperti solatnya orang yang mengira itu solatnya yang terakhir” (Dailami: sahih). Rasul juga pernah berpesan kepada Abu Ayub r.a. “Solatlah seperti solatnya orang yang memgucap selamat tinggal ” (Ahmad: sahih).
  4. Tadabbur (menghayati) ayat-ayat Al-Quran yang dibaca ketika solat, begitu juga zikir-zikir dan bacaan solat lainnya lainnya serta menyerapkannya dalam diri orang yang melakukan solat.

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آَيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ (29)

Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran. (Shad:29).

Dari Huzaifah r.a. :Aku solat di belakang Rasulullah s.a.w., satu malam. Baginda membaca dengan tenang. Ketika melalui ayat di dalamnya ada tasbih, baginda bertasbih, ketika melalui ayat permintaan baginda meminta dan ketika melalui ayat minta perlindungan, baginda pun meminta perlindungan” (Muslim).

Tadabbur dan tafakkur terhadap ayat-ayat Allah merupakan pengantar kekhusyukan. Begitu juga menangis saat mendengar atau membaca ayat-ayat Allah. Allah berfirman:

وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا

Dan mereka menunduk atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.(Isra’:109).

Atok pernah bertanya kepada Aisyah r.a.: ceritakan kepadaku apa yang paling kamu kagumi dari Rasulullah, lalu Aisyah menangis. Suatu malam Rasulullah s.a.w. berdiri untuk solat, baginda berkata: Wahai Aisyah biarkan aku menyembah Tuhanku. Sesungguhnya aku senang bersamamu dan aku senang menyenangkanmu”. Lalu beliau pun bangun dan solat, lalu baginda solat sambil menangis sehingga lantai bilikku basah kerana air mata baginda. Lalu berkumandanglah azan Bilal untuk subuh, ketika Bilal melihat mata Rasulullah basah kerana menangis, Bilal pun bertanya:”Wahai Rasulullah, untuk apa sebab engkau menangis padahal Allah telah mengampunimu dosamu yang lalu dan yang akan datang? Rasul menjawab: Wahai Bilal aku lebih suka untuk menjadi hamba yang banyak bersyukur. Malam ini diturunkan kepadaku ayat yang ruglilah orang yang membacanya dan tidak menghayatinya, iaitu ayat Ali Imran 190-194. (Ibnu Hibban:sahih).

  1. Membaca ayat satu-satu. Ini juga boleh membantu kepada khusyuk kerana menumpukan kepada pemahaman dan penghayatan. Umi Salamah berkata bahwa Rasulullah membaca fatihah dalam solat dengan basmalah, lalu berhenti lalu membaca hamdalah lalu berhenti lalu membaca Arrahmaanirrahiiim dan seterusnya. (Abu Daud: sahih).
  2. Memperindah bacaan Al-Quran dan tartil dapat membantu kepada kekhusyukan. Allah berfirman:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُزَّمِّلُ قُمِ ٱلَّيۡلَ إِلَّا قَلِيلاً۬ نِّصۡفَهُ ۥۤ أَوِ ٱنقُصۡ مِنۡهُ قَلِيلاً  أَوۡ زِدۡ عَلَيۡهِ وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلاً

Wahai orang yang berselimut [Muhammad], (1) bangunlah [untuk sembahyang] di malam hari [1] kecuali sedikit [daripadanya], (2) [iaitu] seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, (3) atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al- Quran itu dengan perlahan-lahan. (Muzammil 1-4)

Rasulullah s.a.w. berpesan:”Perindahlah Al-Qur’an dengan suaramu yang merdu kerana suara yang indah akan memperindah Al-Quran” (Hakim:sahih). Dalam hadis lain beliau bersabda:”Sesungguhnya seindah-indah suara orang membaca Al-Quran, adalah kalau ia membaca maka orang-orang yang mendengarnya akan takut kapada Allah. (Ibnu Majah: sahih).

  1. Beranggapan bahawa ketika solat ia sedang menghadap kepada Allah. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:”Sesungguhnya kamu apabila solat maka sesungguhnya ia sedang bermunajat (bertemu) dengan Tuhannya, maka hendaknya ia mengerti bagaimana bermunajat dengan Tuhan. Hakim: sahih).
  2. Memperhatikan dinding depan solat. Sebaiknya ketika solat menghadap dinding depan, misalnya dinding atau pembatas yang kosong. Tujuannya adalah agar pandangan mata kita tidak terganggu oleh objek-objek yang mengganggu penumpuan kita. Rasulullah s.a.w. bersabda” Hendaklah kamu ketika solat menaruh penghadang di depannya agar syaitan tidak memutuskan solatnya”(Abu Daud: sahih). Sebaiknya penghadang tersebut berjarak tiga jengkal dari tempatnya berdiri dan sejengkal dari tempat sujudnya. (Fathul Bari).
  3. Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di atas dada. Rasulullah s.a.w. bersabda: Kami para nabi diperintahkan agar dalam solat meletakkan tangan kanan di atas atas tangan kiri (Thabrani:sahih). Imam Ahmad menjelaskan bahawa tujuannya adalah agar kita menundukkan diri di depan Allah dengan khusyuk. Ibnu Hajar mengatakan bahawa sikap seperti itu adalah sikap seorang yang meminta dengan merendahkan diri dan sikap seperti itu lebih memberi kepada kekhusyukan.
  4. Mengarahkan pandangan mata pada tempat sujud. Dari Aisyah r.a. Rasulullah s.a.w. ketika solat beliau menundukkan kepalanya dan pandangannya tertuju ke tempat sujud. (Hakim:sahih). Begitu juga ketika beliau memasuki Kaabah baginda tidak memalingkan pandangannya dari tempat sujudnya hingga keluar dari Kaabah”. (Hakim: sahih).

Bagaimana dengan pendapat sebahagian orang yang melakukan solat dengan memejamkan mata dengan alasan itu boleh membantu kepada kekhsyukan. Sesungguhnya itu bertentangan dengan contoh yang diberikan Rasulullah s.a.w. Beliau diriwayatkan tidak pernah solat dengan memejamkan mata. Namun demikian para ulamak berbeza pendapat mengenai masalah itu. Imam Ahmad mengatakan memejamkah mata ketika solat hukumnya makruh kerana itu kebiasaan orang Yahudi. Sebahagian ulamak mengatakan tidak makruh asalnya demi tujuan baik, misalnya kalau tidak memejamkan mata terganggu oleh objek-objek visual yang ada di depannya atau di sekitar tempat solat, maka memejamkan mata pada keadaan seperti ini diharuskan.

  1. Sebagian ulama melihat bahawa mempelbagaikan bacaan solat dapat membantu kepada kekhusyukan kerana menciptakan suasana baru dalam melaksanakan solat. Contohnya lagu bacaan doa iftitah, rukuk, sujud, Iktidal, duduk antara dua sujud dan tashahhud ada beberapa riwayat sahih yang berbeza-beza. Membacanya dengan lagu yang berbeda-beda dapat mempersegar suasana solat dan membatu kepada kekhusyukan. Begitu juga bacaan-bacaan surat setelah fatihah dapat dilakukan dengan nada ayat yang berbeza-beza.
  2. Disunnahkan membaca taawwuz (أغوذ بالله من الشيطان الرجيم) ketika merasakan ada gangguan penumpuan dalam solat. Konon ketika seorang hamba hendak melaksanakan solat, syaitan menurunkan pasukannya yang disebut Khanzab untuk mengganggu orang solat. Abi ‘Ash r.a. berkata kepada Rasulullah, Wahai Rasulullah syaitan telah mengganggu solatnya dan mengganggu bacaannya, Rasulullah bersabda: Itu syaitan bernama Khanzab kalau kamu merasakannya maka bacalah taawuz lalu tiuplah ke kiri tiga kali”. Ia pun melakukannya dan syaitan tidak lagi mengganggunya. (Muslim). Rasulullah juga mengingatkan: Kalau kamu solat maka datanglah syaitan mengganggu kamu, sehingga kamu lupa hitungan rakaatnya. Kalau kamu merasakannya maka sujudlah dua kali ketika ia duduk (Bukhari). Rasulullah juga mengingatkan bahwa Syaitan datang kepada kamu ketika solat lalu membuka tempat duduk kamu, lalu ia mencipta sesuatu agar dia ragu seperti kentut atau tidak, jika kalian merasakan itu janganlah membatalkan solat hingga dengar suara atau mencium bau (Thabrani: sahih). Bahkan konon syaitan juga menganggu orang yang solat dengan isu-isu kebaikan seperti masalah dakwah, masalah sunnah, masalah keilmuan dan politik agar solatnya tidak lagi mendapat tumpuan.
  3. Bacalah cerita orang soleh terdahulu bagaimana mereka khusyuk dalam solatnya. Ali r.a. ketika hendak solat maka mukanya berubah, lalu ia ditanyai tentang itu, beliau menjawab: datang waktu ketika amanah ditawarkan kepada langit, bumi dan gunung-gunung tetapi mereka menolak tetapi aku kini menanggungnya. Konon mereka ketita solat memerah wajahnya kerana takut menghadap Allah. Salah seorang sahabat diceritakan terkena panah ketika berperang, lalu ia minta agar dicabut ketika ia solat kerana ketika itu ia lupa semuanya dan hanya ingat kepada Allah.
  4. Berdoa dalam solat, khususnya saat sujud. Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Nilai paling berharga antara hamba dan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah doa ” (Muslim).
  5. Zikir setelah solat. Setelah melaksanakan solatnya hendaknya seorang hamba melakukan zikir selesai solat untuk memperkuat dan menyempurnakan solatnya. Tentu sahaja tidak hanya zikir dalam lisan tapi juga diresapi makna dan kandungannya.

Perkara-perkara yang mengganggu kekhusyukan :

1.Membersihkan tempat solat dari perkara yang mengganggu penumpuan solat seperti gambar-gambar dan hiasan yang menarik perhatian orang solat. Aisyah r.a. pernah mempunyai kelambu di rumahnya berwarna-warni, lalu Rasulullah memintanya agar membungnya kerana ia mengganggu solat baginda. (Bukhari). Maka kalau boleh lakukan solat di tempat yang jauh dari kebisingan dan banyak orang lalu lalang, tempat berbual, lebih-lebih lagi tempat hiburan kerana itu akan mengganggu kekhusyukan dalam solat. Begitu juga supaya tempat solat tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Rasulullah s.a.w. mengarahkan agar para sahabat melakukan solat zohur ketika cuaca agak redup.

2. Memakai pakaian yang banyak warna. Kerana itu akan menarik pandangan orang lain solat dan mengganggu penumpuan dalam solat. Rasulullah pernah solat dan terganggu dengan kelambu Aisyah yang berwarna-warni lalu beliau memintanya kelmbu tersebut diturunkan. (Bukhari dll.).

3.Hindari solat di waktu makan. Rasulullah s.a.w. bersabda ” Tidak baik solat di hadapan makanan” (Muslim). Riwayat lain mengatakan “Ketika hidangan makan malam sudah siap dan datang waktu solat, maka dahulukan makan malam” (Bukhari).

4.Hindari menahan buang air besar, kecil dan kentut. Rasulullah s.a.w. melarang solat sambil menahan buang air kencing (Ibnu Majah:sahih). Riwayat lain mengatakan bahawa Rasululllah s.a.w. bersabda kalau kamu solat sedangkan kamu ingin ke tandas maka pergilah ke tandas duhulu (Abu Daud : sahih).

5.Hindari solat dalam keadaan terlalu mengantuk. Rasulullah s.a.w. bersabda “Jika kamu solat dan mengantuk maka tidurlah hingga ia memahami apa yang diucapkan” (Bukhari). Riwayat lain dengan tambahan: ditakutkan ketika kamu mengantuk dan melakukan solat maka ia tidak sedar kehendaknya memohon keampunan Allah tetapi kamu mengumpat dirinya. (Bukhari)

6.Hindari solat di tempat yang tidak rata atau tidak bersih kerana ia akan menganggu konsentrasi atau penumpuan ketika sujud. Rasulullah s.a.w. bersabda “Janganlah kamu membersihkan tempat sujudmu (dari anak batu) ketika solat, jika terpaksa lakukannya maka cukup sekali sahaja (Abu Daud:sahih).

7. Jangan membaca terlalu kuat sehingga mengganggu orang solat di sebelah kita. Rasulullah s.a.w. bersabda “Ingatlah bahawa kamu semua mengadap Allah, janganlah mengganggu orang lain, jangan membaca lebih kuat dari saudaranya dalam solat” (Abu Daud: sahih).

8.Jangan menoleh-noleh dalam solat. Rasulullah s.a.w. mengingatkan bahawa menoleh-nolehdalam solat adalah merupakan gangguan syaitan. (Bukhari). Dalam hadis lain dikatakan “Allah sentiasa melihat hambanya ketika solat selama ia tidak menoleh, Jika kita menoleh atau berpaling wajah maka Allah meninggalkannya ” (Abu Dawud: sahih).

9.Jangan melihat ke arah atas. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda “Ada orang-orang solat sambil menghadap ke atas, mudah-mudahan matanya tidak boleh tunduk kembali” (Ahmad:sahih)

10.Menahan mulut ketika ingin menguap. Sabda Rasulullah s.a.w. Ketika kamu menguap dalam solat, maka tahanlah sekuatnya kerana syaitan akan masuk ke mulut kamu” (Muslim).

11. Jangan solat seperti sifat binatang. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. melarang solat seperti patukan burung gagak, duduknya seperti harimau dan menjalankan ibadah di tempat yang seperti kandang unta (Ahmad: sahih).

Akhirnya, khusyuk ini berat tetapi dapat kita jalankan melalui latihan dan membiasakan diri. Salah satu cara supaya agar kita dapat melakukan khusyuk dengan mudah adalah dengan memperbanyakan doa:

اللَّهُمَّ طَهِّرْنِي بِالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَالْمَاءِ الْبَارِدِ ، اللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِي مِنَ الْخَطَايَا كَمَا طَهَّرْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ ، وَبَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ ذُنُوبِي كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ ، وَنَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ ، وَدُعَاءٍ لاَ يُسْمَعُ ، وَعِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ هُؤُلاَءِ الأَرْبَعِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِيشَةً نَقِيَّةً وَمَيْتَةً سَوِيَّةً وَمَرَدًّا غَيْرَ مُخْزٍى.


from: peribadirasulullah.

Saturday, January 2, 2010

dosa manusia

DOSA YANG LEBIH HEBAT DARI BERZINA

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidakdapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk".
Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s terkejut. "Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa. Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya ......telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya ....... cekik lehernya sampai...... tewas", ucap wanita itu seraya menagis sejadi-jadinya.
Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia menghardik," Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berewajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau di bawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertobat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril..

"Betulkah ada dosa yang lebih besar dari pada perempuan yang nista itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas.
"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran. "Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya.

Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH > Abdurrahman Arroisy)

Dalam hadist Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah.

Dalam hadist yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akherat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadist Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.

story best

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah
bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup
udara
rimba yg segar tu, tetiba dia
terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!...
bunyi....aauuummmmm!!!
Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya
menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk
menyelamatkan
diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab
dia dah lapar sangat ni.
Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan
kejar. Hamba Allah ni punyalah
takut, berlari lintang pukang. Sempat
juga dia berdoa agar dia
diselamatkan daripada dibaham dek
harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di
depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri
si
hamba
Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.
Perigi tu ada tali dan sebuah timba.
Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu.
Tali tu pendek er. Jadi dia bergantungan
di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi,
harimau yg apar tu menunggunya.
Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak
menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah
agar
dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak
selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di
bawah
perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya.
Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada2 ekor
buaya
yg
kelaparan. Apalah nasib.
Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut
si hamba Allah ni. Atas ada
harimau bawah ada buaya. Semakin
risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan
keluar, tetiba keluar seekor
tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik
keatas ikut
tali yg hamba Allah tu bergayut.
Sampai kat atas tikus tu gigit tali
tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus.
Alahhhh....
cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg
berwarna
hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit!
sampai kat
atas.Tikus hitam ni pun gigit
juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak
buat ni.... habislah jadi mangsa buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek
harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke
bawah
makan dek buaya. Macam mana nih...
Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner
nak selamatkan dirinya,
tetiba.... terdengar satu bunyi....
uuuuuuuuuuuuu...
bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun
mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang
bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan
terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni
tadi.
Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba
Allah tu
kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa
manisnya ni.
Sedapnya.
Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik
madu si hamba
Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya
di mulut perigi dan buaya yg menantinya dibawah.

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah
itu adalah kita semua.
Harimau yg mengejar tu adalah maut
kita, ajal memang sentiasa
mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya
itu adalah
malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti
kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi
adalah jangka hayat kita
kalau pendek talinya maka panjanglah
umur kita dan kalau panjang
talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia
kita siang dan juga malam
yang sentiasa menghakis umur kita.Kan
tikus tu gigit tali tu.
Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam
mulut hamba itu tadi
adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik
saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,
dia lupa pada harimau dan buaya tu.
Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada
Allah.
Waktu susah baru la nak ingat Allah.
Astaghfirullah...

1 minit untuk mengingati Allah

Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih
akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU'LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN
RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM
WABAREK
ALASAYYEDINA
MUHAMMAD *WAALA AALIHE WA SAHBIH
AJMA'EEN

mimpi rasullullah saw

"Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.